SINOPSIS
Mengisahkan mengenai AMIRUL, seorang pelakon terkenal
di Malaysia yang suka berpoya – poya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan
glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal – hal
agama. SHUIB merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa
sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak,
sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul
berlakon sebagai seorang ustaz. Amirul yang pada mulanya ralat untuk
menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan
oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz
bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan berjaya. Ditakdirkan,
Amirul berjumpa dengan HAJI RAHMAN, seorang ustaz yang dengan rela hati
sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi
lakonan semata. NADIA, kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan
seorang pelakon terkenal mula berasa benggang dengan perubahan Amirul
yang secara tiba – tiba. Amirul malah menghilangkan diri dan mula hidup
bersama keluarga Haji Rahman. Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan
Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan LAILA, anak
Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila
terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan badai ombak
yang memusnahkan semuanya. Dapatkan Amirul mengecap bahagia cinta
bersama Laila? Adakah misi Amirul mendalami Islam hanya demi lakonan
atau hatinya betul – betul telah berubah?
HULKSHARE
0 comments:
Post a Comment