Diriwayatkan dari Wuhaib Al-Wardi, ia berkata : Kami mendengar bahawa
Nabi Isa a.s bersama seorang sahabat baginda, ketika sedang
berjalan-jalan bertemu dengan seorang pencuri yang berada di dalam
rumahnya.
Ketika sang pencuri itu melihat kedatangan Nabi Isa a.s berserta
sahabatnya, Allah pun memberi hidayah kepada pencuri itu sehingga sang
pencuri itu timbul hati untuk bertaubat. Sang pencuri itu lalu berkata
dalam hati, “Ini adalah Nabi Isa bin Maryam a.s sebagai Ruhullah dan
kalimat-Nya, sedang seorang lagi adalah sahabat baginda. Sedangkan
dirimu ini sendiri siapa wahai orang yang celaka? Pencuri dari kaum bani
Israil ! kamu telah menghadang dan merampas harta benda orang lain,
bahkan sering membunuh orang!”
Selepasa berkata demikian dalam hatinya, dia pun mendekati Nabi Isa
a.s untuk bertaubat dan menyesali perbuatan yang pernah dilakukannya.
Demikianlah, selepas pertemuaan tersebut dengan Nabi Isa a.s hatinya
sekali lagi berkata-kata “Kamu ingin berjalan bersama mereka berdua?
kamu tidak layak melakukan hal itu! Berjalanlah kamu di belakang mereka
berdua saja sebagaimana layaknya orang-orang bersalah yang banyak
melakukan dosa seperti dirimu!”
Sahabat Nabi Isa a.s kemudian menengok ke belakang dan mengetahui
kalau pencuri itu mengikutinya. Dalam hati sahabat itu pun berkata,
“Lihatlah orang buruk dan celaka yang sedang berjalan di belakang kita!”
Seketika itu pula Allah menampakan kepada Nabi Isa a.s apa yang
mereka simpan dalam hati masing-masing yang berkatian penyesalan dan
taubat si pencuri mahupun penginaan dari sahabat Nabi Isa a.s yang
merasa lebih mulia daripada pencuri itu.
Allah kemudian memberikan wahyu kepada Nabi Isa a.s agar
memerintahkan kepada sahabat baginda mahupun si pencuri untuk memulai
lagi amal ibadatnya “Adapun sang pencuri telah Aku ampuni segala dosa
yang telah lalu akibat penyesalan dan taubatnya, sedangkan sahabatmu itu
telah Aku hapus semua amalnya kerana kesombongan dan sikapnya yang
merendahkan orang yang telah bertaubat (si pencuri)”
Sumber suatuperjalananmaya.com
0 comments:
Post a Comment