KM

Sunday, 8 July 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (2012)

Sinopsis
Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.



Read more »

Jiwa Taiko (2012)

Sinopsis
Jiwa Taiko Jiwa Taiko adalah merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan di antara mereka. Kisahnya bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta. Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya. Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman. Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya. Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.

Read more »

Jalan Kembali: Bohsia 2

Sinopsis
 Sejarah hitam sebagai bohsia dalam diari hidup Amy akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. Dia melangkah kaki ke sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis-gadis terlanjur dalam mengubah nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan hidup baru. Berbeza pula dengan nasib nasib, Tasha semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bosia yang dikawal ketat oleh Acai. Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya dari lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya. Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu Tasha lalu berjanji untuk mengembalikan Tasha ke pangkuan ibunya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasha enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha untuk membawa Tasha ke jalan kembali…. “Raja” kumpulan Mat Rempit, Acai kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasha disisinya. Dalam masa yang sama dia meneruskan niat jahatnya menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Jika menerusi filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam… kisah realiti anak muda yang terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan Kembali…. menyelongkar segala onak dan duri kehidupan golongan remaja songsang disamping menerapkan pendekatan positif kepada golongan ini yang sebenarnya mampu dijinakkan dan wajar mendapat sokongan masyarakat. Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka. bagaimanakah kesudahan hidup Tasha? Adakah Acai akan terus menjerumuskan gadis-gadis yang lemah pegangan agama?


Read more »

X Janda-Jandaku Gangster (2012)

Sinopsis
5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh – berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa? Semuanya bakal terjawab dalam komedi romantik yang penuh bermesej ini.

Read more »

Friday, 6 July 2012

So Fresh

Release Name: VA-So_Fresh_The_Hits_Of_Winter-2012-pLAN9
Size:
132 MB
Artist:
VA
Album:
So Fresh the Hits of Winter
Genre:
Pop
Label:
Sony Music
Runtime:
72:46 mins
Tracklisting:
1. Carly Rae Jepsen – Call Me Maybe 3:15
2. One Direction – One Thing 3:18
3. Maroon 5 Feat Wiz Khalifa – Payphone 3:53
4. Rihanna – Where Have You Been 4:05
5. Nicki Minaj – Starships 3:32
6. Delta Goodrem – Sitting On Top Of The World 3:59
7. Florence & The Machine – Never Let Me Go 4:32
8. Timomatic – If Looks Could Kill 3:39
9. Reece Mastin – Shut Up & Kiss Me 3:22
10. Train – Drive By 3:18
11. James Morrison – I Won’t Let You Go 3:43
12. Guy Sebastian – Gold 3:24
13. The Temper Trap – Need Your Love 3:41
14. Taio Cruz – There She Goes 3:30
15. Calvin Harris Feat Ne-Yo – Let’s Go 3:47
16. Chris Brown – Turn Up The Music 3:49
17. Ian Carey & Rosette Feat Timbaland & Brasco – Amnesia 3:09
18. Labrinth – Last Time 4:25
19. We The Kings – Say You Like Me 3:32
20. Rebecca Ferguson – Nothing’s Real But Love 2:53

MEDIAFIRE

Read more »

Battleship (2012)

Synopsis
Based on the classic Hasbro naval combat game, Battleship is the story of an international fleet of ships who come across an alien armada whilst on a Naval war games exercise. An intense battle ensues over sea, land and air. What do they aliens – known as ‘The Regents’ – want?

MEDIAFIRE
Read more »

Thursday, 5 July 2012

Freedy Frogface

Read more »

 
Powered by Blogger