Hatem
Ben Arfa mempunyai rekod kelam dalam kisah hidupnya ketika melakukan
carian terhadap Islam. Gelandang serang Newcastle United itu
mendedahkan, ia hampir bergabung dengan kelompok agama yang radikal.
Yang
dimaksudnya dengan radikal adalah menjadi pengikut gerakan sufi di Kota
Lyon ketika masih bermain kelab tersebut. Ia merintis karier sejak
bergabung dengan Lyon junior pada 2002 hingga 2008, sebelum pindah ke
Marseille hingga hijrah ke Liga Perdana Inggeris dua tahun lalu.
Ketika
dalam kebimbangan, Ben Arfa sempat bergabung dengan kumpulan itu dan
mendapat indoktrinasi hingga "hampir terputus dari seluruh dunia." Ben
Arfa remaja melakukan itu lantaran merasa tidak dicintai ayahnya hingga
harus melakukan pelarian demi mendapatkan kasih sayang dari pihak lain.
Bintang
Les Bleus keturunan Tunisia, kelahiran Paris itu mengatakan kepada
surat khabar Perancis L'Equipe: "Ayah tidak pernah mencintai saya dan
saya dianggap sebagai anak bermasalah."
Kerana
itu, pencarian Islam menghantarkannya kepada kelompok Islam ekstrem. Ia
dipaksa untuk mencium kaki salah seorang sheikh, pimpinan para sufi.
Namun
kerana egonya memberontak, ia tidak membiarkan keadaan itu terus
membelenggunya. "Saya memang terdedah waktu itu, tapi saya mempunyai
idealisme terhadap agama," kata Ben Arfa. "Saya memilih menjadi pengikut
Islam moderat saja."
sumber republika.co.id
0 comments:
Post a Comment