KM

Monday 8 April 2013

Pemain Arsenal hafal 19 juzuk Al-Quran

 
Luar biasa. Itulah kata yang tepat bagi pemain tengah Arsenal dan Perancis, Abu Diaby. Tidak hanya mahir mengawal bola dan memberi umpan kepada rakan pasukan dalam bola sepak, Diaby juga dikenali sebagai penganut Islam yang taat menjalankan ibadahnya sebagai seorang muslim. Mengagumkannya lagi, Diaby juga tercatat sebagai seorang hafidz penghafal al-Quran.

Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad memberitahu bahawa pemain tengah yang tengah bersinar di kelab gergasi London Arsenal itu sudah menghafal 19 juzuk Al-Quran. Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab dia berasa selesa berada dalam komunitinya.

"In conversation with Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur'an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal Abu Diaby di Ebrahim Collage semasa makan malam, seorang pemain bola sepak yang hafal 19 juz al-Quran) kata Mufti Muhammad kepada Diaby.

Diaby juga disebut-sebut sebagai salah seorang penderma di sebuah sekolah Islam terkenal di London. Di Ebahim Collage juga mendidik dan membimbing mualaf yang ingin mengenal lebih jauh ajaran Islam.

Dia juga aktif di pelbagai acara sosial, seperti malam amal untuk etnik Muslim Rohingnya.
 
 
Diterjemah dari sumber islampos

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger