skip to main |
skip to sidebar
15:50
My Movie
Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera
yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera
Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera
yahudi laknatullah yang membunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding
mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting
Gaza.
Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis
laknatullah membunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang
mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari
jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.
Pada tahun 2003 semasa Intifada ke dua, seramai 43 tentera yahudi
dilaporkan mati kerana membunuh diri dan ini menjadi penyebab utama
kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam
bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan membunuh
diri.
Kementerian Pertahanan Israel sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana
merasa malu atas laporan itu. Jurucakap kementeriannya hanya mengatakan
bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada
hubungan dengan kes bunuh diri tersebut.
Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan membunuh diri
itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah
jajahannya.
Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan
ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera
yahudi membunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami
trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang
kemudian berakhir dengan membunuh diri.
Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka
yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan
menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah
Palestin.
Pada 2008 seorang polis sempadan Israel membunuh diri di depan Perdana
Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga
tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes
bunuh diri melonjak selepas tahun 2009. Pada suku pertama 2010 seramai
19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun
2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.
Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di
Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana
tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21,
mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa,
dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk
membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan
tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri.
Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan
jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.
Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan
perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan
oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri. Pada 2008, laman Ynet
melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang
seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes
yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin
kerana gagal membantu tentera.
Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel
New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50%
tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat
mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh. Pada tahun 1989,
Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun
mencapai 35 orang.
sumber globalmuslim
0 comments:
Post a Comment