SINOPSIS
ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan
dan jenayah. Zaman kanak – kanak Alang dirampas daripadanya apabila
ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri
daripada kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai sedara
mara yang lain telah dihantar ke rumah anak – anak yatim. Alang
menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan – rakan sebayanya yang
lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang
tidak putus – putus cuba untuk berkawan dengannya. Keikhlasan Julia
menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur
belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah
menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana
Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Atas desakan mak cik Julia, pihak
sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan
Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya
semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya
beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang
bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng
tersebut. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang
dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima
Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya.
Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia
menuntut Julia kembali dan konco – konco geng tersebut sering menghantui
Alang. Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh
seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang
bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula.
Part 1-http://adf.ly/B3n1T
Part 2-http://adf.ly/B3n3q
0 comments:
Post a Comment