Sinopsis
Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang
sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan
baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah
laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki
yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni
sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa
kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan
AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui
seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden
telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang
homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap
lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX,
suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni
untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang
abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil
dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang
seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai
Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan
kehilangan Murni.
Part 1 - http://adf.ly/ASBIE
Part 2 - http://adf.ly/ASBKj
0 comments:
Post a Comment