Sinopsis
Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang
mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna
Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan.Afik yang masih trauma
dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan
sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan
dirinya sekadar mengalami tekanan.Dia cuba melupakan segala kejadian,
selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida).
Hakikatnya dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka
apabila menganggap orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan
dirinya `Baik Giler’.Pada anggapan Afik istilah `baik giler’ bermakna
seseorang yang baru baik daripada gila dan apabila istilah tersebut
diucapkan padanya ia merupakan suatu penghinaan buat dirinya. Pada hal
istilah `baik giler’ merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud suatu
pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.Pada masa sama,
disebabkan hasutan Joe (Esma) yang mendakwa kemasukan semula Afik ke
pejabat mereka akan memporak-perandakan keadaan, Kimi meminta
kekasihnya, Diana (Fazurina), mengenakan Afik.Dalam filem ini Kimi
digambarkan sebagai watak yang sering memburuk-burukkan Afik sebagai
orang yang masih gila.
HULKSHARE
Part 1-http://adf.ly/At52C
0 comments:
Post a Comment