MAN SEWEL DATANG KL Osman/Man…pemuda yang
berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang
diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala
Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak
mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man
berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model. Sekian lama berkenalan,
Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan
dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang
serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak
kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal
perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan
kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari
untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man yang sebelum ini tidak
pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung
perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan
dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam.
Namun malangnya dia ditipu. Man kemudian pulang ke kampung untuk
menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama
ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana
Man memungkiri janji cinta mereka dahulu. Sekembalinya Man ke Kuala
Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut.
Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari Man
terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan
di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim
kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Man kemudiannya
menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah.
Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia
angkara Salim. Hasil bantuan Leman dan Pak Din, seorang tukang urut
tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dan
Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis. Hubungan Man dan
Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta.
Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini
hanya pada Salbiah.
HULKSHARE
Part 1-http://adf.ly/Aw3UJ
Part 2-http://adf.ly/Aw3ad
0 comments:
Post a Comment